Pages

Tuesday, 26 May 2009

Sepupu Ku......


Aku seorang anak tunggal, tapi aku ada ramai sepupu yang ok lah dengan aku. Sepupu Kat Subang, Kat Melaka lagi lah ramai. Dia orang semua ok. Gambar ni diambil masa kat Kg. Melayu Subang (Raya Haji 1420H).



Gambar yang ini pulak sama sepupu dari Kg. Jawa Klang.

Tuesday, 19 May 2009

Hari Audit Pematuhan (Nak dapatkan Sijil MS ISO 9001:2000)



18hb Mei, 2009 (Isnin) adalah hari yang dinanti-nantikan ole semua Warga Kerja PDTJ. Hari ini aku bawa 3 buah bakul buah untuk diberikan kepada Juruaudit. Sampai Pejabat rasa takut pun ada dan macam-macam rasa pun ada lebih-lebih lagi kawan-kawan aku yang jadi pemilik proses. Yang rasa tak nak makan pun ada takut ditanya soalan yang tak boleh dijawab nanti.





Jam 8.25 pagi aku bertugas sebagai pendaftar kepada semua yang hadir di bilik Mesyuarat.

Monday, 11 May 2009

Seminar ISO 9001:2000 PDTJ




Pada hari Sabtu (9.5.2005) jam 7.50 pagi aku dah keluar rumah untuk pergi ke Ladang Devon di Merlimau. Perjalanan tak le jauh pun tapi banyak pokok hijau ( pokok kelapa sawit).




Tiba di sana aku sesat sampai ke tempat perkhemahan, aku cari dah jumpe tempatnye. Di sana aku bawa bakul buah yang telah dihias, kelengkapan untuk pendaftaran dan sebagainya. Penceramah En. Sulaiman Md Sam pun tersesat. Acara dimulakan dengan pengucapan pembukaan oleh Pegawai Daerah.

Program telah bermula dengan slid dan bekalan nota dari MBMB. Suasana di sana sungguh nyaman dan hijau saja pemandangannya. Jam 1.30 tgh telah tamat program dan aku macam biasa bertugas sebagai pembantu penyampai hadiah.



Sempat jugak aku bergambar dengan kawan-kawan untuk kenangan.
Walaupun setengahari tetapi memang bermakna buat warga Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin sebab dapat ilmu yang boleh digunakan untuk hari Pengauditan Pada 18 Mei, 2009.





Aku berharap agar Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin dapat Sijil ISO seperti yang diharapkan. Amin......

'Kelapa Goreng'




Pada 10 Mei, 2009 jam 3.00 petang di depan rumah (tempat letak kereta) ada program buat kelapa goreng. Saudara mara, sepupu anak buah sepupu pun ada jugak. Mula-mula bersemangat le nak goreng kelapa dengan tumbuk kelapa goreng sampai jadi taik minyak.






Antara yang turut serta, Mak Mila, Maklang, Moklong, Bibik (Tuan punye taik minyak), Busu (datang lewat - tak aci), Normi, Lisa, Mizi, Zikri, Zahin, Anis, Alia eh tinggal pulak orang kuat yang kena tumbuk kelapa goreng sampai jadi taik minyak dak ijol.








Di pertengahan program masing-masing dah mula makan kelapa goreng sebab tuan rumah belum bagi makan lagi eeeeeee. Goreng kelapa pun dah suku terkeluar dari kuali baru le keropok goreng, pisang goreng dan istimewa roti john.






Eh lupe nak bagi tau, tujuan buat kelapa goreng ni sebenarnya persiapan awal Majlis Perkahwinan Lyana pada bulan Julai nanti. Gambau aku tak ada sebab aku yang ambik gambau semua nie, harap maklum.

Friday, 1 May 2009

Hari Raya Aidilfitri 1429H / 2008M




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari raya semua suka bukan budak2 yang suke orang tua pun suke. Macam biasa aku pagi raya dari rumah mak dan ke rumah mak mertua. Jumpe adik ipar, Nurul, Tika, Anak buah sapika, Syabil eh tinggal pulak shazwan.




Seronok rasanye ramai-ramai jalan raya. Raya Kedua aku dan keluarga ke rumah mak sedara di duyung ( rumah mokteh) dan kemudian ke Bachang (rumah busu). Dua rumah ni memang dah cukup kenyang makan lagi ada. Balik aku dan sepupu semua ke rumah Pok de Saam di Lubok Kasar cari nenek Ngah. Nasib baik dapat jumpe nenek.



Hari pun dah petang aku semua balik ke rumah berehat dulu dan akan sambung malam pulak. Gambau ni pulak dgn adik ipar kat umah sedara di Subang.