Pages

Wednesday, 22 July 2009

Urusetia Kursus Induksi Khusus ( 21 & 22.7.2009)


Pada 22 Julai 2009 adalah hari pertama aku bertugas sebagai Urusetia bagi Kursus Induksi Khusus bagi kakitangan PDTJ. Macam biasalah aku bertugas selaku Pendaftar kepada peserta kursus ( tu ada buktinya gambar ni)





Sessi pertama macam biasalah cerita2 sikit dah masuk jam 10.30 pagi ( sarapan) aku dah lapar bebenau. Makanan yang dihidangkan adalah mehoon soto, bukan main sedap lagi ( lapau le kata kan).

Ni pulak aku bergambar kenangan bersama peserta. Dari kiri Kak Zaharah, Aku, Pn. Alia baris belakang dari kanan pulak Kak Sarena, Majidah, Fiza dan Suriaty (Yan).



Gambar ni pulak masa hari Ke dua ( 22.7.2009) di meja pendaftaran ( saje je ambik sbb tempat ni lawa u)









Yang ni pulak ada sessi soal jawab, sape lagi aku lah yang banyak soal ( sebab peserta tak nak tanye). Pada masa yang sama aku lah MC ( bidang terjun) sebab MC yang sebenarnya ada mesyuarat.

Alhamdulilah akhirnya tamatlah Sessi Induksi Khusus ni ha boleh le kengkawan aku cepat ' compom' keje sebab dah cukup syarat. Dan aku jadilah MC bidang terjun sampai ke akhir majlis.


Saturday, 18 July 2009

Criter Masa Kecik

Gambau ni pulak masa aku kecik 7 bulan, sape nak lawan sumo mai lah....






20 Disember 1974 adalah tarikh lahir aku. Nama diberi Siti Rohani binti Mohamat Ali. Gambar ni pulak masa umur aku 6 tahun dan digunakan untuk membuat pasport ke Singapore.
Crite ni aku dapat tahu dari mak, masa pemeriksaan di Kastam Malaysia di Johor Bahru pasport aku sahaja yang tak di tunjukkan pada pemeriksa macam pelik lah orang ada pasport tak ada. Nasib baik arwah atuk aku ( Hamid ) teringat. Kesian aku.....

Tuesday, 14 July 2009

Mesyuarat Agong kali Ke-14 Persatuan Belia Ulu Duyung ( PBBUD) 11.7.2009

Mesyuarat Agong Kali ke-14 Persatuan Belia Bakti Ulu Duyung (MAYC) telah diadakan pada 11.7.2009 jam 8.30 malam. Persiapan awal telah dibuat dengan mengemas Pejabat Bilik Gerakan Belia pada 10.7.2009 jam 8.30 malam di temani kawan-kawan seperti kak Jila, Ija, Hisham, dan ramai lagi.




Kemasan pejabat telah dibuat dan aturan serta kerusi di bahagian dewan telah diatur bagi memudahkan mesyuarat pada malam esok. Selepas habis kemas lebih kurang jam 11.30 malam selesai dan semua yang terlibat pergi makan di kedai pokok pisang.




Pagi esoknya persiapan sikit-sikit telah di buat untuk tambahan sahaja seperti alas meja dan lain-lain. Jam 8.00 malam aku telah sampai di Balai Raya Bemban Jaya dan telah ditugaskan sebagai Pendaftar ( di pejabat pun selalu jadi Pendaftar kat Persatuan pun kena jugak).




Majlis Malam tu berjalan dengan lancar, aku telah mewakili bekas Pengerusi yang lepas En. Zaharen bin Zainal sape lagi suami aku lah untuk menerima plak sebagai kenang-kenangan.

Pemilihan Jawatankuasa telah dibuat dan macam biasalah aku telah dipilih sekali lagi sebagai AJK Persatuan ini ( selagi umur belom masuk 40)

Perkahwinan Nur Liyana ( 4 Julai, 2009)



Pada 4.7.2009 (Sabtu) Majlis Perkahwinan Nur Liyana binti Mohd Yatim (sape lagi sepupu aku le ) macam biasa yang mengeluarkan tenaga aku lah salah seorang daripada mak sedara dan sepupu yang lain.


Ni saje lah yang boleh dibuat untuk tolong mak sedara ( bibik) selain daripada wang ringgit.... ceh wah.... Suka lah rasanya dapat semua sedara berkumpul dan bekerjasama bagi melancarkan lagi perjalanan majlis ini. Aku dah memang ditentukan kena mandi dengan air sabun basuh pinggan 2 kali lagi kena mandi, Pak Busu aku memang dengki kat aku memang dia yang memulakan dulu permainan ni...





Nie adalah sekeping gambau dgn mak sedara n sepupu ( pakai baju boria le)







Kalau dah penat dapatlah jadi orang sebelah. Gambar yang ada ni pun masa kat umah pengantin lelaki, masa kat umah sendiri tak dapat ambik sebab sibok gile. Ni pulak gambau bersama mak sedara ( dari kiri Mak Mila, Mak Itam ( Singapore), Lyana, Busu, Aku dan Mak Lang).

Majlis Perkahwinan adalah salah satu majlis untuk mengeratkan silatulrahim...