Pages

Sunday, 9 August 2009

kOiR PDTJ Di LaMaN BuDaYa

Pada 8 Ogos, 2009 hari sabtu adalah hari yang dinanti-nantikan setelah lebih kurang 3 bulan berlatih untuk memasuki Pertandingan Peringkat Negeri Melaka ( Saringan ).Lebih Kurang jam 8.00 pagi aku dah sampai di parking Laman Budaya tapi yang ada lebih awal fitri dan Nazar sahaja. Setengah jam kemudian kawan-kawan yang lain datang. Setelah semuanya ada aku dan rakan-rakan yang lain pun masuk ke dewan besar.


Jam 9.00 pagi kumpulan PDTJ no. 2 diberi peluang dengan iringan muzik. Aku rasa bersemangat betul le.
lepas tu jam 11.00 pagi ada taklimat sikit daripada ketua kumpulan dan memberi sedikit komen yang membina.







Permulaan pihak urusetia membenarkan koir PDTJ membuat persediaan cara untuk masuk ke pentas dua tiga kali le jugak nak betulkan kedudukan.




Jam 1.45 petang semua ahli koir PDTJ telah masuk ke dewan dengan rasa berdebar-debar. Jam 3.00 petang giliran No. 4 adalah kumpulan koir PDTJ masuk dengan penuh semangat dan dapat menyanyikan lagu sehingga habis. Takut-takut juga sebab kalau terlalu takut suara tak keluau....

Alhamdulilah rasa takut tadi dapat ditepis dan sessi koir peringkat saringan akan bersambung pada esok hari bersama keputusannya sekali. Aku berharap agar dapat masuk peringkat Akhir amin....

Wednesday, 22 July 2009

Urusetia Kursus Induksi Khusus ( 21 & 22.7.2009)


Pada 22 Julai 2009 adalah hari pertama aku bertugas sebagai Urusetia bagi Kursus Induksi Khusus bagi kakitangan PDTJ. Macam biasalah aku bertugas selaku Pendaftar kepada peserta kursus ( tu ada buktinya gambar ni)





Sessi pertama macam biasalah cerita2 sikit dah masuk jam 10.30 pagi ( sarapan) aku dah lapar bebenau. Makanan yang dihidangkan adalah mehoon soto, bukan main sedap lagi ( lapau le kata kan).

Ni pulak aku bergambar kenangan bersama peserta. Dari kiri Kak Zaharah, Aku, Pn. Alia baris belakang dari kanan pulak Kak Sarena, Majidah, Fiza dan Suriaty (Yan).



Gambar ni pulak masa hari Ke dua ( 22.7.2009) di meja pendaftaran ( saje je ambik sbb tempat ni lawa u)









Yang ni pulak ada sessi soal jawab, sape lagi aku lah yang banyak soal ( sebab peserta tak nak tanye). Pada masa yang sama aku lah MC ( bidang terjun) sebab MC yang sebenarnya ada mesyuarat.

Alhamdulilah akhirnya tamatlah Sessi Induksi Khusus ni ha boleh le kengkawan aku cepat ' compom' keje sebab dah cukup syarat. Dan aku jadilah MC bidang terjun sampai ke akhir majlis.


Saturday, 18 July 2009

Criter Masa Kecik

Gambau ni pulak masa aku kecik 7 bulan, sape nak lawan sumo mai lah....






20 Disember 1974 adalah tarikh lahir aku. Nama diberi Siti Rohani binti Mohamat Ali. Gambar ni pulak masa umur aku 6 tahun dan digunakan untuk membuat pasport ke Singapore.
Crite ni aku dapat tahu dari mak, masa pemeriksaan di Kastam Malaysia di Johor Bahru pasport aku sahaja yang tak di tunjukkan pada pemeriksa macam pelik lah orang ada pasport tak ada. Nasib baik arwah atuk aku ( Hamid ) teringat. Kesian aku.....

Tuesday, 14 July 2009

Mesyuarat Agong kali Ke-14 Persatuan Belia Ulu Duyung ( PBBUD) 11.7.2009

Mesyuarat Agong Kali ke-14 Persatuan Belia Bakti Ulu Duyung (MAYC) telah diadakan pada 11.7.2009 jam 8.30 malam. Persiapan awal telah dibuat dengan mengemas Pejabat Bilik Gerakan Belia pada 10.7.2009 jam 8.30 malam di temani kawan-kawan seperti kak Jila, Ija, Hisham, dan ramai lagi.




Kemasan pejabat telah dibuat dan aturan serta kerusi di bahagian dewan telah diatur bagi memudahkan mesyuarat pada malam esok. Selepas habis kemas lebih kurang jam 11.30 malam selesai dan semua yang terlibat pergi makan di kedai pokok pisang.




Pagi esoknya persiapan sikit-sikit telah di buat untuk tambahan sahaja seperti alas meja dan lain-lain. Jam 8.00 malam aku telah sampai di Balai Raya Bemban Jaya dan telah ditugaskan sebagai Pendaftar ( di pejabat pun selalu jadi Pendaftar kat Persatuan pun kena jugak).




Majlis Malam tu berjalan dengan lancar, aku telah mewakili bekas Pengerusi yang lepas En. Zaharen bin Zainal sape lagi suami aku lah untuk menerima plak sebagai kenang-kenangan.

Pemilihan Jawatankuasa telah dibuat dan macam biasalah aku telah dipilih sekali lagi sebagai AJK Persatuan ini ( selagi umur belom masuk 40)

Perkahwinan Nur Liyana ( 4 Julai, 2009)



Pada 4.7.2009 (Sabtu) Majlis Perkahwinan Nur Liyana binti Mohd Yatim (sape lagi sepupu aku le ) macam biasa yang mengeluarkan tenaga aku lah salah seorang daripada mak sedara dan sepupu yang lain.


Ni saje lah yang boleh dibuat untuk tolong mak sedara ( bibik) selain daripada wang ringgit.... ceh wah.... Suka lah rasanya dapat semua sedara berkumpul dan bekerjasama bagi melancarkan lagi perjalanan majlis ini. Aku dah memang ditentukan kena mandi dengan air sabun basuh pinggan 2 kali lagi kena mandi, Pak Busu aku memang dengki kat aku memang dia yang memulakan dulu permainan ni...





Nie adalah sekeping gambau dgn mak sedara n sepupu ( pakai baju boria le)







Kalau dah penat dapatlah jadi orang sebelah. Gambar yang ada ni pun masa kat umah pengantin lelaki, masa kat umah sendiri tak dapat ambik sebab sibok gile. Ni pulak gambau bersama mak sedara ( dari kiri Mak Mila, Mak Itam ( Singapore), Lyana, Busu, Aku dan Mak Lang).

Majlis Perkahwinan adalah salah satu majlis untuk mengeratkan silatulrahim...

Tuesday, 26 May 2009

Sepupu Ku......


Aku seorang anak tunggal, tapi aku ada ramai sepupu yang ok lah dengan aku. Sepupu Kat Subang, Kat Melaka lagi lah ramai. Dia orang semua ok. Gambar ni diambil masa kat Kg. Melayu Subang (Raya Haji 1420H).



Gambar yang ini pulak sama sepupu dari Kg. Jawa Klang.

Tuesday, 19 May 2009

Hari Audit Pematuhan (Nak dapatkan Sijil MS ISO 9001:2000)



18hb Mei, 2009 (Isnin) adalah hari yang dinanti-nantikan ole semua Warga Kerja PDTJ. Hari ini aku bawa 3 buah bakul buah untuk diberikan kepada Juruaudit. Sampai Pejabat rasa takut pun ada dan macam-macam rasa pun ada lebih-lebih lagi kawan-kawan aku yang jadi pemilik proses. Yang rasa tak nak makan pun ada takut ditanya soalan yang tak boleh dijawab nanti.





Jam 8.25 pagi aku bertugas sebagai pendaftar kepada semua yang hadir di bilik Mesyuarat.

Monday, 11 May 2009

Seminar ISO 9001:2000 PDTJ




Pada hari Sabtu (9.5.2005) jam 7.50 pagi aku dah keluar rumah untuk pergi ke Ladang Devon di Merlimau. Perjalanan tak le jauh pun tapi banyak pokok hijau ( pokok kelapa sawit).




Tiba di sana aku sesat sampai ke tempat perkhemahan, aku cari dah jumpe tempatnye. Di sana aku bawa bakul buah yang telah dihias, kelengkapan untuk pendaftaran dan sebagainya. Penceramah En. Sulaiman Md Sam pun tersesat. Acara dimulakan dengan pengucapan pembukaan oleh Pegawai Daerah.

Program telah bermula dengan slid dan bekalan nota dari MBMB. Suasana di sana sungguh nyaman dan hijau saja pemandangannya. Jam 1.30 tgh telah tamat program dan aku macam biasa bertugas sebagai pembantu penyampai hadiah.



Sempat jugak aku bergambar dengan kawan-kawan untuk kenangan.
Walaupun setengahari tetapi memang bermakna buat warga Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin sebab dapat ilmu yang boleh digunakan untuk hari Pengauditan Pada 18 Mei, 2009.





Aku berharap agar Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin dapat Sijil ISO seperti yang diharapkan. Amin......

'Kelapa Goreng'




Pada 10 Mei, 2009 jam 3.00 petang di depan rumah (tempat letak kereta) ada program buat kelapa goreng. Saudara mara, sepupu anak buah sepupu pun ada jugak. Mula-mula bersemangat le nak goreng kelapa dengan tumbuk kelapa goreng sampai jadi taik minyak.






Antara yang turut serta, Mak Mila, Maklang, Moklong, Bibik (Tuan punye taik minyak), Busu (datang lewat - tak aci), Normi, Lisa, Mizi, Zikri, Zahin, Anis, Alia eh tinggal pulak orang kuat yang kena tumbuk kelapa goreng sampai jadi taik minyak dak ijol.








Di pertengahan program masing-masing dah mula makan kelapa goreng sebab tuan rumah belum bagi makan lagi eeeeeee. Goreng kelapa pun dah suku terkeluar dari kuali baru le keropok goreng, pisang goreng dan istimewa roti john.






Eh lupe nak bagi tau, tujuan buat kelapa goreng ni sebenarnya persiapan awal Majlis Perkahwinan Lyana pada bulan Julai nanti. Gambau aku tak ada sebab aku yang ambik gambau semua nie, harap maklum.

Friday, 1 May 2009

Hari Raya Aidilfitri 1429H / 2008M




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari raya semua suka bukan budak2 yang suke orang tua pun suke. Macam biasa aku pagi raya dari rumah mak dan ke rumah mak mertua. Jumpe adik ipar, Nurul, Tika, Anak buah sapika, Syabil eh tinggal pulak shazwan.




Seronok rasanye ramai-ramai jalan raya. Raya Kedua aku dan keluarga ke rumah mak sedara di duyung ( rumah mokteh) dan kemudian ke Bachang (rumah busu). Dua rumah ni memang dah cukup kenyang makan lagi ada. Balik aku dan sepupu semua ke rumah Pok de Saam di Lubok Kasar cari nenek Ngah. Nasib baik dapat jumpe nenek.



Hari pun dah petang aku semua balik ke rumah berehat dulu dan akan sambung malam pulak. Gambau ni pulak dgn adik ipar kat umah sedara di Subang.

Thursday, 23 April 2009

Kenangan Majlis Perpisahan Kakitangan PDTJ


Pada 21hb April, 2009 jam 10.45 pagi berlangsung Majlis Perpisahan antara En. Md. Lizam dan Pn. Jalilah binti Abd Jalil yang akan meninggalkan PDTJ pada 24hb April, 2009.




Majlis telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abd. Latif bin Hussain dengan ucapan aluan dan diikuti oleh En. Md. Lizam serta Pn. Jalilah untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk majlis pagi ini.





Seterusnya sessi bergambar telah di adakan dan jamuan makan telah dimulakan.

Makanan pilihan adalah Soto, Sandwich sardin air Nescafe dan Milo. Itu aje lah yang mampu pihak pentadbiran sediakan.





Walaubagaimanapun selaku wakil kakitangan unit Pentadbiran mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada En. Md. Lizam dan Pn. Jalilah di tempat baru nanti.





Harapan semua kakitangan pentadbiran semoga lebih berjaya dimasa hadapan.

Wednesday, 21 January 2009

Hari Ke 3 program ICT (19-21.1.2009)

Hari ini aku telah mengikuti kursus ICT masuk hari ke 3 (hari terakhir). Di sini aku telah menemui ramai kawan-kawan baru ada yang dari PKNM, JKMM, SUK, Pejabat Kesihatan, Pejabat Tanah dan lain-lain. Di sini aku diberi makan sebanyak 4 kali sehari (makan sarapan, makan jam 10, makan tengahari dan minum petang).



Beberapa jam lagi dapat lah aku sijil ICT bagi memenuhi keperluan setiap kakitangan kerajaan untuk mengikuti kursus selama 7 hari tapi aku masih kurang 5 hari lagi. Tapi tak mengapa sekarang masih lagi di bulan Januari ada 11 bulan lagi.

Walaupun dah biasa guna komputer tapi ada juga yang perlu kita ketahui dengan lebih banyak lagi.